REFLEKSI AHLI KUMPULAN - WAN MADIAH

Fasa Perancangan

Pada peringkat awal, saya dan ahli kumpulan saya telah membuat beberapa perjumpaan untuk mengumpul idea-idea yang bernas untuk dijadikan projek kami. Subjek Hubungan Jalinan Masyarakat ini suatu subjek yang menarik untuk kami, oleh itu, kami sedaya upaya berusaha untuk mencetuskan idea-idea yang baik agar ia bukan sahaja untuk mendapat markah yang baik malah untuk memperoleh pengalaman yang pastinya sukar diperoleh kerana aktiviti yang melibatkan masyarakat sekeliling bukanlah suatu aktiviti yang mudah dilakukan begitu sahaja. Namun, kami membuat perjumpaan bersama En. Norhafizan Bin Ahmad, iaitu pensyarah kami, En. Hafizan telah mencadangkan satu idea yang sangat menarik untuk kami. Oleh itu, kami telah membuat kata sepakat untuk menerima idea tersebut. Idea itu ialah mengenai satu projek dimana kami perlu bekerjasama dengan masyarakat di sebuah sekolah rendah. Kami perlu membuka satu ‘booth’ permainan atau sebarang idea lain untuk mengumpul dana PIBG sekolah tersebut. Dana itu dapat dikumpulkan sepanjang Festival Ceriathon yang diadakan oleh sekolah itu sendiri. Kami juga perlu membina sebuah pagar untuk kegunaan sekolah tersebut. Ini telah memberi satu lagi pengalaman yang sangat menarik untuk kami. Oleh itu, kami telah membuat sedikit persediaan sebelum Festival Ceriathon berlangsung. Kami bercadang untuk membuka dua buah ‘booth’ iaitu ‘booth’ permainan  lumba kerata dan ‘booth’ Face Art. Kami juga telah menyediakan alatan dan keperluan untuk membina pagar yang diperlukan sekolah tersebut. Pada fasa perancangan ini, kami telah banyak belajar untuk menerima pendapat orang lain dan ini telah menjadikan hubungan kami lebih erat.

Fasa Semasa

Pada hari tersebut, saya dan ahli kumpulan berkumpul seawal 7.00 pagi di hadapan blok J Fakulti Kejuruteraan untuk menaiki van yang disediakan. Saya dan ahli kumpulan sangat bersyukur dan gembira kerana pengangkutan disediakan untuk ke sekolah tersebut. Sepanjang berjalan kami ke sana, kami membuat pelbagai anggapan tentang sekolah tersebut dan kami begitu teruja. Setibanya disana, saya agak terkejut dengan suasana di sekolah tersebut. Sejujurnya saya kurang gemar akan suasana disitu kerana ramai pelajar disitu bersikap kurang beradab dihadapan guru dan juga orang yang lebih tua dari mereka. Namun, saya mengambil keputusan untuk mengubah pandangan saya dengan menyatakan pada diri sendiri bahawa mereka masih mentah dan masih banyak perkara yang perlu mereka pelajari. Saya juga belajar bersabar apabila pelajar sekolah itu menunjukkan sikap yang kurang saya gemari. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan bersikap lebih matang untuk melayan kerenah-kerenah pelajar disana. Kami menjalan tugas kami seperti yang telah dirancang dengan baik. Setelah beberapa jam kami meluangkan masa disana, kami berasa amat seronok apabila dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar disana. Itu merupakan  pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. 
Selain itu, tidak dilupakan juga pengalaman saya dan ahli kumpulan bertungkus-lumus membina pagar. Pengalaman ini juga satu pengalaman yang amat bernilai kerana saya berpeluang memotong besi, mengecat dan sebagainya. Membina pagar bukanlah memberi pengalaman sahaja malah mengasah bakat setiap ahli kumpulan. Oleh kerana kami dari Program Kejuruteraan Mekanikal, pengalaman sebegini begitu menarik dan seronok untuk kami. 

Fasa Akhir

Setelah semua tugasan kami selesai, saya dapati begitu banyak nilai dan pengalaman yang kami semua dapat walaupun banyak dugaan dihadapi sepanjang persediaan dan semasa tugasan itu dijalankan. Selain itu, subjek  Jalinan Masyarakat ini telah membuka pandangan saya akan masyarakat sekeliling dan telah banyak mengajar saya akan erti bersabar ketika bekerja secara berkumpulan. Akhir kata, saya berharap nilai-nilai yang saya pelajari , dapat saya terapkan dalam kehidupan seharian saya. 


Comments

Popular Posts