REFLEKSI AHLI KUMPULAN - JAYGANESH

Sebelum

Sebelum kita pergi event ini, kita ada buat perancang awal seperti apa activiti yang kita mahu buat pada masa itu. Selepas kita sudah buat perancagan iaitu permainan F1 , hari sebelum karnival  kami di beri peluang untuk buat aktiviti kami supaya. Dengan ini , kami dapat tahu cara perniagaan kami , dan juga kami dapat pengalaman perniagaan dan juga pengamalam berinteraksi dengan murid-murid sekolah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan saya dan juga memahami kelakuan mereka supaya ini boleh meningkatkan kesefahaman dalam kumpulan kami.

Semasa

Kami bergerak ke lokasi kami pada pukul 7.30 pagi . Selepas kami sampai, kami terus bersiap sedia alat-alat kami untuk aktiviti kami , kami juga buat sedikit perubahan dan penaiktarafan untuk aktiviti ini bejalan dengan lancar. Walaupun kami sangat sibuk semasa aktiviti , kami saling bantu-membantu ahli kumpulan kami walaupun itu bukan bidang kerja kami supaya aktiviti berjalan dengan lancar. Dalam aktiviti ini, nilai Bekerjasama dalam kumpulan dapat diterapkan kepada semua ahli kumpulan saya dan juga nilai saling hormat-menghormati antara ahli kumpulan kami. Ade diantara ahli kumpulan kami membawa makanan ringan yang menjadi kegemaran kepada semua ahli kumpulan kami. Pada masa, solat dan masa makan, kami mengambil giliran supaya aktivit kami akan berjalan dengan lancar.  Pada masa rehat , kami telah berhenti untuk dapatkan rehat . Ahli kumpulan kami pun ada yang keluar dan melihat aktivit lain dalam karnival dan saya pula baring sekejap atas kerusi kerana letih. Kawan saya mengambil kesempatan itu untuk merakam saya . Selepas aktiviti itu baru kawan saya menunjuk rakaman tersebut dan tergelak melihat cara saya tertidur. Selepas kami berehat , kami sambung aktivit kami sehingga akhir dan habiskannya. Selepas carnival sudah habis, kami menolong pihak sekolah untuk menyimpan balik kerusi-kerusi yang diguna oleh para ibubapa yang hadir dan selepas itu kami balik ke Universiti kami. Dalam perjalanan, semua ahli kumpulan kami tertidur kerana kami sangat letih.


Selepas


Kami diberi tugas untuk membuat satu pagar besi untuk sekolah tersebut. Pada masa ini , Saya cuba untuk tolong kumpulan saya dalam bidang mengecat pagar tersebut. Walaupun , aktiviti-aktiviti ini amat meletihkan, saya cuba memberi komitment walaupun saya berlainan tahun iaitu tahun kedua dan ahli kumpulan kami tahun pertama. Oleh itu, kebanyakan ahli kumpulan kami dah habiskan pembuatan pagar besi tersebut kerana saya ada kelas pada masa lapang mereka dan pada masa saya lapang, makmal akan ditutup. Oleh itu saya tolong dalam mengecat pagar tersebut. Saya amat berterima kasih kepada ahli kumpulan saya dan juga kepada pensyarah saya.


Comments

Popular Posts