REFLEKSI AHLI KUMPULAN - IMAM SANUSI
Pada mulanya saya menganggap bahawa kursus ini perkara yang mudah dilalui, kerana kursus ini tidak dikenakan peperiksaan di hujung sem. Namun setelah saya mengikuti kursus ini sepanjang sem 1 ini, saya beranggapan bahawa kursus Jalinan Masyarakat ini agak mencabar bagi sesetengah orang, mencabar dari segi emosi dan fizikal.
Kumpulan saya terdiri dari pelbagai latar belakang, umur dan bangsa. Namun begitu kerjasama yang padu oleh setiap ahli kumpulan menyebabkan saya dapat menyiapkan segala tugasan sepanjang mengikuti kursus ini.
Pada awal kursus ini bermula, terdapat pelbagai idea bagaimana untuk berhubung dengan masyarakat sekeliling, namun begitu setelah dinasihati oleh penyelia kami, Encik Norhafizan, kami semua setuju dengan cadangan beliau untuk menyertai sukarelawan Karnival Ceriathon bagi mengumpul dana PIBG di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1 untuk menaiktaraf fasiliti di sekolah tersebut. Oleh itu, pelbagai idea yang dilontarkan untuk mengumpul dana semasa hari carnival tersebut sebagai contoh membuka gerai makan, gerai minuman dan lain lain lagi. Namun begitu, penyelia kami hanya bersetuju dengan beberapa idea kerana tempat dan masa yang agak padat. Di sini saya merasakan bahaw pentingnya sifat bertolak ansur apabila melakukan kerja berkumpulan.
Sebelum Karnival Ceriathon bermula, kami ditugaskan untuk membuat persiapan di sekolah tersebut. Semasa kami sampai di sekolah tersebut, Guru Disiplin Sekolah Rendah Puchong Utama 1 menerima baik kehadiran kami semua. Ini membuatkan saya berasa benar benar teruja apabila menyertai aktiviti akitiviti kemasyarakatan ini. Apabila kami di sekolah tersebut kami diberikan sebuah bilik untuk membuat persediaan, di bilik itu saya dapat lihat peralatan pembelajaran yang lama, tingkap yang pecah, pintu yang rosak dan lebih banyak lagi membuatkan diri saya kesian kepada anak pelajar pelajar disekolah itu dan saya dapat rasakan bahawa layaklah mereka dibantu.
Selang beberapa hari, Karnival Ceriathon bermula dan saya serta beberapa rakan saya ditugaskan untuk menjaga booth Memanah. Pada mulanya saya agak gugup kerana saya tidak biasa dengan kehadiran kanak kanak, namun penyelia saya lah yang banyak membantu ahli kumpulan saya. Lama kelamaan saya terasa biasa dan tidak gugup lagi melayan karenah kanak kanak dan para tetamu yang hadir di booth kami. Pelbagai aktiviti yang menarik saya dapat lihat semasa hari karnival tersebut dan kesemua sukarelawan melakukannya dengan sepenuh hati. Namun, semua aktiviti ini mempunyai satu tujuan iaitu menaikkan dana sekolah tersebut bagi menyediakan fasiliti yang lebih baik untuk para pelajar dan tidak mengambil untung sesen pun. Ini membuatkan saya rasa sebak dan terharu dengan sikap yang ditonjolkan para sukarelawan yang lain.
Selain menyertai kesukarelawan, kumpulan kami juga melakukan aktiviti membaik pulih pagar bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan perumhan Puchong Utama 1. Pada awalnya, ini agak sukar bagi saya, kerana saya tidak mahir sangat bertukang dan melakukan kerja kerja bengkel. Namun sikap ingin belajar dan sikap kerjasama yang diberikan oleh seluruh ahli kumpulan menyebabkan saya memberanikan diri dan bertukang membaiki pagar. Pakcik Mokhtar juga banyak memberi tunjuk ajar pada saya untuk melakukan kerja kerja bengkel. Semasa kami membaik pulih pagar, ikatan silaturahim kami sesama ahli kumpulan bertambah erat. Walaupun kami semua penat bertukang membaiki pagar, namun saya dapat merasakan sebuah kepuasan apabila kesemua ahli kumpulan berkerjasama memainkan peranan masing masing menyiapkan tugasan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia kami Encik Norhafizan kerana memberikan saya peluang mempelajari pengalaman pembelajaran ini. Pelbagai yang saya perlolehi dari kursus yang saya ikuti ini, namun yang paling utama yang saya dapat pelajari, kita perlulah memberikan komitmen dan kerjasama 100% apabila diberikan kerja berkumpulan. Ini bukan sahaja dapat membantu diri sendiri dan ahli kumpulan malah memberikan sebuah kepuasan apabila menyiapkan tugasan. Selain itu juga, kita perlulah memberanikan diri menolong masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan. Di masa hadapan, saya berasa jika saya berkesempatan, saya ingin mengikuti lagi aktiviti aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Ini kerana sedikit sebanyak saya dapat berbakti kepada negara kelahiran saya iaitu Malaysia.
Comments
Post a Comment