REFLEKSI AHLI KUMPULAN - DANISH IKHWAN

Sebelum

Sebelum kami melakukan sebarang aktiviti kami telah berbincang antara sesama kumpulan tentang aktiviti yang boleh dilakukan di Sekolah Puchong Utama dan cara terbaik untuk mengumpul dana untuk diberikan kepada PIBG Sekolah Puchong Utama. Sesi brainstorming idea  selama beberapa minggu dapat menghasilkan beberapa idea seperti memanah yang dicadangkan oleh coordinator kami, F1 simulator dan face art untuk diletakkan sebagai booth di ceriathon. Ketika itu juga kami telah mendapat tugasan daripada coordinator kami En Norhafizan untuk membina sebuah pagar untuk disumbangankan kepada Sekolah puchong utama.

Semasa

Kami bertolak ke Sekolah Puchong Utama dengan menaiki Van pada pukul 7.30. Kami tiba di sekolah pada pukul 8 dan hadirnya saya disitu saya dapat melihat kanak-kanak gembira untuk menyertai permainan-permainan yang ada di setiap booth ceriathon. Kami dibahagikan untuk menjaga booth masing-masing. Saya telah diberikan tugasan untuk menjaga booth F1 simulator bersama Hafiz Amzar dan Jeyganesh. Sepanjang booth itu berjalan saya dapat melihat pelbagai riak muka anak-anak kecil, ada yang gembira untuk mencuba F1 simulator dan ada yang sedih menunggu giliran yang panjang dan kembali gembira selepas dapat mencuba F1 simulator. Di antara 3 booth iaitu memanah, simulator dan face art..Booth kami mendapat sambutan yang paling banyak mendapat keuntungan sebanyak 260 untuk disumbangan kepada PIBG Sekolah Puchong Utama.

Selepas


Setelah selesainya aktiviti kami di sekolah Puchong Utama selama beberapa minggu kami telah bertungkus lumus untuk membina pagar dengan bantuan Encik Mokhtar iaitu technician bengkel mekanikal. Selama beberapa minggu kami terpaksa menggadaikan masa luang untuk menyiapkan pagar sebelum tarikh penyerahan. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, aktiviti kami dapat memberi kanak-kanak senyuman di muka dan pagar dapat disiapkan mengikut jadual yang telah diberi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Coordinator kami Encik Norhafizan, kumpulan saya terutamanya ketua kumpulan Hafiz Amzar yang sangat function untuk membantu kami menyiapkan aktiviti-aktiviti menyiapkan pagar dan ceriathon, tak terlupa Jey dan rakan-rakan sekumpulan.


Comments

Popular Posts