REFLEKSI AHLI KUMPULAN - NUR SABRINA
Saya Nur Sabrina Binti Shahrin pelajar jurusan kejuruteraan mekanik telah menjalankan satu aktiviti Bersama rakan-rakan saya di Sekolah Kebangsaan Seri Puchong 1 .
Kami menyertai Karnival Ceriathon yang dianjurkan oleh PIBG sekolah tersebut , kami membuka beberapa ‘booth’ di karnival tersebut dan menyumbang hasil kutipan gerai kami kepada tabung PIBG sekolah .
Selain itu , kami juga membina pagar baharu beserta bina isyarat berhenti . Pagar ini seratus peratus modal dan hasil kerja kami sekumpulan dan disiapkan dalam beberapa minggu .
Berdasarkan pengalaman saya menyertaikan diri dalam program jalinan masyarakat ini , program ini bagi saya banyak memberi input positif kepada diri saya dari pelbagai aspek . Pertama , program ini mampu memupuk semangat kerjasama bersama ahli kumpulan yang terdiri daripada orang yang kita tidak kenal . Kumpulan dibentuk secara rawak pada awalnya , kami bergaul dengan rakan-rakan baharu dan mula bekerjasama untuk menjayakan program ini . Semasa ingin merangka projek , kami sering berbincang tentang perjalanan program dan sekali sekala berjumpa dengan Encik Hafizan untuk meminta pendapat agar program kami berjalan dengan lancar .
Semasa aktiviti kami dijalankan , semangat kerjasama dapat dilihat dari segi pembahagian tugas dan seiap individu menjalakan tugas mereka masing masing . Walaupun penat namun pengalaman ini bermakna buat saya kerana saya sebelum ini kurang menyertai program Bersama masyarakat . Pada pandangan saya , setiap ahli kumpulan saya telah menjalankan tugas mereka dengan baik .
Kedua , program ini membuka peluang kepada saya semasa menjalankan satu aktiviti Bersama masyarakat diluar kampus , dan kami memilih untuk melibatkan diri Bersama-sama adik sekolah rendah . Pilihan ini sebenarnya agak mencabar kerana kami perlu pandai berkomunikasi dengan murid sekolah rendah .
Saya gembira apa yang dirancangkan olehnkami sekumpulan kebanyakannya berjalan dengar lancar seperti booth di karnival ceriaton dan pembinaan pagar untuk sekolah tersebut .
Pada mulanya keitka menggunakan masa peribadi saya untuk menyiapkan pagar tersebut saya berasa berat hati , namun lama-kelamaan saya merasakan perkara-perkara sebegini banyak mengajar saya erti membahagi masa , bertukang di dalam bengkel dan bijak menyusun stratergi (proses pembinaan pagar) .
Pada mulanya keitka menggunakan masa peribadi saya untuk menyiapkan pagar tersebut saya berasa berat hati , namun lama-kelamaan saya merasakan perkara-perkara sebegini banyak mengajar saya erti membahagi masa , bertukang di dalam bengkel dan bijak menyusun stratergi (proses pembinaan pagar) .
Comments
Post a Comment