REFLEKSI AHLI KUMPULAN - NURUL ATHIRAH
Jalinan Kemasyarakatan ini adalah salah satu kursus universiti yang wajib diambil oleh setiap pelajar dan kami pelajar jurusan Kejuruteaan Mekanikal perlu mengambil subjek ini pada semester 1 tahun pertama. Bersesuaian dengan tajuk kursus ini iaitu Jalinan Masyarakat, objektif kursus ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang aktif bersosial dengan mayarakat sekeliling selain daripada hanya belajar dan tidak bergaul dengan masyarakat. Secara tidak langsung, melalui program yang dijalankan dalam kursus ini para pelajar dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain, malahan juga dengan pensyarah penasihat dan juga masyarakat yang terlibat melalui program yang dijalankan.
a) Fasa Perancangan
Pada minggu kuliah yang kedua, kami diminta untuk membentuk kumpulan. Setelah kumpulan kami diluluskan, iaitu kumpulan 13 kami ditugaskan untuk melakukan tugasan atau aktiviti kemasyarakatan. Ketua bagi kumpulan ini adalah Hafiz Amzar dan kumpulan kami diselia di bawah pemantauan pensayarah penasihat iaitu Encik Norhafizan Bin Ahmad.
Sebelum membuat perjumpaan dengan penyelia, ketua kami iaitu Amzar memainkan peranannya sebagai ketua dengan membuat perjumpaan ringkas antara ahli kumpulan. Setelah sesi perkenalan, Amzar memberikan beberapa cadangan untuk aktiviti yang bakal dijalankan dan kami masing-masing juga turut menyumbang idea seperti feed the homeless, melawat rumah kebajikan, dan lain-lain.
Pada hari perjumpaan bersama Encik Norhafizan kami menyuarakan beberapa aktiviti yang bakal kami jalankan. Setelah mendengar penerangan daripada kami, Encik Norhafizan memberi tawaran untuk menjalankan program di sekolah rendah di Puchong iaitu dengan kerjasama PIBG sekolah tersebut. Dengan persetujuan semua ahli kumpulan, kami bersetuju untuk membuat aktiviti di sekolah tersebut.
Seterusnya , tugasan kami ialah kami perlu mebuat beberapa booth pada hari karnival berlangsung iaitu karnival Ceriathon anjuran PIBG SK Puchong Utama. Jadi, kami membuat keputusan akan membuka booth memanah dengan bantuan Encik Norhafizan, booth Artface dan juga booth F1 Simulator.
Kami juga membuat pagar sebagai papan tanda untuk menutup sebahagian jalan raya di hadapan sekolah pada waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Melalui proses membuat papan tanda yang mempunyai roda ini dipantau oleh Pak Cik Mokhtar di bengkel. Saya dapat belajar kemahiran-kemahiran seperti welding dan metal cutting.
b) Fasa Semasa
Pada tanggal 9/11/2017 kami bertolak ke Sk Puchong Utama dengan membawa beberapa peralatan yang diperlukan pada hari karnival tersebut akan berlangsung seperti alat-alat memanah sebagai persiapan.
Setibanya kami di sana, kami disambut ramah oleh dua orang guru pengiring. Kami bergerak ke tempat booth yang merupakan bilik darjah pelajar. Tanpa membuang masa, kami bergotong royong membersihkan bilik-bilik ini dan membuat peralatan persiapan yang mana patut seperti memasang tirai dan papan untuk memanah.Tirai berfungsi sebagai tembok kerana materialnya yang diperbuat daripada getah akan melantunkan balik dan menjatuhkan panah yang tersasar.
Di sini saya dapati walaupun hanya memasang tirai, kita memerlukan kemahiran dan pelbagai aspek seperti aspek keselamatan harus diutamakan bagi aktiviti memanah. Selain sibuk meyiapkan persiapan booth kami, kami juga membantu para guru dan staf menyiapakan tugasan mereka. Persiapan ini juga diteruskan pada keesokan hari iaitu pada 10/11/2017.
Tibalah acara yang dinantikan iaitu karnival Ceriathon pada 11/11/2017. Kami berkumpul di fakulti dan bertolak awal pagi dengan menaiki van yang disediakan. Saya berasa sangat tidak sabar untuk membuat aktiviti bersama rakan-rakan dan pelajar-pelajar sekolah . Saya rasa sungguh terharu kerana budak-budak sangat sukakan kehadiran kami malahan ada yang menjerit kegembiraan kerana kami datang lagi ke sekolah mereka. Ahli kumpulan kami yang lelaki bertanggungjawab menjaga booth memanah dan booth game F1 simulator.
Ternyata booth F1 Simulator mendapat sambutan yang paling meriah dari kalangan murid . Saya, Melor, Sabrina dan Madihah menjaga booth artface. Murid-murid sekolah rendah sangat comel dan sifat kebudak-budakan mereka menambahkan minat mereka untuk datang ke booth kami dan meminta untuk melukis muka mereka dengan corak-corak yang comel dan mengikut citarasa mereka. Saya mendapat pengalaman mengendalikan budak-budak sekolah ini yang sangat aktif dan lincah seperti memberi arahan kepada mereka supaya beratur untuk mengambil giliran, jangan berebut dan celoteh mereka juga ada yang mencuit hati. Dalam mengendalikan budak-budak sekolah rendah ini kita memerlukan kesabaran yang tinggi.
c) Fasa Selepas
Karnival Ceriathon dilangsung dangan jayanya dan kami dapat menyumbangkan kepada sekolah ini dengan hasil kumpulan dana daripada booth yang dibuka. Aktiviti ini merangsang saya untuk melibatkan diri dengan lebih banyak lagi kerja-kerja kemasyarakatan pada masa akan datang. Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Norhafizan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami kemahiran-kemahiran yang kami perlukan dan membantu kami untuk menjayakan aktiviti ini. Pengalaman yang saya dapat melalui program ini kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan semua perkara agar urusan dapat dipermudahkan.Saya besyukur kerana ahli kumpulan saya memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan aktiviti ini.
Comments
Post a Comment