REFLEKSI AHLI KUMPULAN - MELUR SYAMINA

Sebaik saja saya melangkah masuk ke dewan kuliah untuk kelas Jalinan Masyarakat,kami semua telah diberi arahan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10 orang mahasiswa dan mahasiswi.Kumpulan yang terbentuk terdiri daripada 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan.Kami diberi tugasan untuk merancang sebuah aktiviti yang boleh dijalankan bersama masyarakat selama 36 jam.Setelah sekian lama memerah otak,tercetuslah satu idea yang bernas iaitu kami merancang untuk mengadakan lawatan ke hospital kanak-kanak.Dengan tujuan untuk menghiburkan pesakit kanak-kanak, mengajar mereka perkara-perkara asas yang berkaitan dengan akademik dan memberi motivasi kepada mereka agar tidak pernah berputus asa.Namun begtu, idea ini ditolak dan digantikan dengan penganjuran karnival Ceriathon di SK Puchong Utama yang bertujuan untuk mencari dana bagi membantu Pihak PIBG sekolah tersebut.Hal ini dapat memudahkan urusan pihak sekolah untuk menampung pembayaran pelbagai aktiviti seperti kelas tambahan, bengkel dan seminar akademik, hari sukan, kokurikulum, prasarana dan peralatan sekolah serta 1,001 macam keperluan lagi.Oleh itu, kami berkumpul semula untuk mengeluarkan idea baru seperti aktiviti-aktiviti yang boleh kami anjurkan untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk mengumpulkan dana.Antara cadangan kami yang diterima ialah, Simulasi F1 dan `FaceArt`.Sepanjang 3 hari sebelum hari kejadian kami berlatih untuk aktiviti `Artface` yang bakal dianjurkan dengan penuh semangat.Walaupun kedengaran agak leceh , ternyata hal-hal sebeginilah yang merapatkan lagi hubungan kami antara satu sama lain.Saya fikir agak senang untuk mengadakan aktiviti `Artface` ini, ternyata tanggapan saya salah saratus peratus.

Dua hari sebelum hari kejadian, kami membuat  keputusan untuk melawat sekolah tersebut untuk melihat kelakuan aktiviti Simulasi F1.Pada hari tersebut ,kami tidaklah begitu sibuk dengan aktiviti pernjualan.Oleh itu, kami berpeluang untuk berkenalan dengan lebih rapat  dan mesra dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut.Saya ingat zaman persekolahan yang kini dengan yang zaman persekolahan saya akan sama tetapi tanggapan saya meleret jauh.Namun kami masih boleh berinteraksi dengan mereka kerana mereka bersikap agak matang bagi sesetengah pelajar sekolah teesebut. Syukur alhamdullillah Simulasi F1 berjaya menarik perhatian para pelajar dan telah mendapat sambutan hangat daripada semua orang.Pada hari kejadian iaitu Sabtu, Karnival Ceriathon telah dikerumuni oleh ramai orang luar.Pada mulanya Simulasi F1 mendapat sambutan hangat sekali,manakala `FaceArt` kurang menyerlah tetapi kami berjaya menarik beberapa orang pelanggan dengan memberi tawaran pakej contengan muka secara percuma.Semenjak itu, ramai pelanggan tanpa mengira umur datang untuk mendapatkan perkhidmatan kami.Kami tutup booth kami pada pukul 5 petang dan mula mengemas kelas yang kami gunakan.Tepat pukul 5.30 petang kami mula ergerak pulang ke UM.Pastinya saya tidak akan lupa kemeriahan, kekecohan dan kebisingan para pelajar di situ.


Namun perjuangan kami tidak berhenti disitu sahaja,ia diteruskan dengan sumbangan kami untuk menbina pagar baharu untuk sekolah tersebut.Maka, perbincangan kali ketiga diadakan bagi menjana idea untuk menghasilkan pagar tersebut.Kami membincangkan cara untuk membina dan rekaan pagar tersebut agar ia tahan lebih lama.Maka, kerja-kerja di bengkel pun dimulakan sepanjang minggu seperti memotong besi,mengikis besi , mengecat dan sebagainya.Saya berterima kasih kepada pembantu bengkel tersebut kerana membantu kami dengan memberi tunjuk ajar untuk memudahkan perjalanan kami dalam membina pagar sekolah yang baharu.Kami bekerjasama untuk menjayakan projek ini dan akhirnya kami berjaya dalam membina pagar tersebut.Sepanjang pembinaan pagar ini,ia sediit sebanyak memberi saya dan rakan-rakan saya ilmu yang diperlukan untuk bekerja di bengkel.




Comments

Popular Posts