REFLEKSI AHLI KUMPULAN - SALMAN SAFIC

Assalamualaikum dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog yang kumpulan kami siapkan. Overall blog ni dihasilkan atas permintaan dari coordinator kami iaitu Encik Norhafizan Bin Ahmad. Ini juga merupakanpenulisan blog pertama yang pernah saya siapkan. So memandangkan ini yang kali pertama jadi amatlah kekok , tengoklah bahasa yang saya guna pun bahasa baku kan ? Hahaha. Blog ini juga bertujuaan untukmemberitahu para pembaca tentang apa perkara baik yang saya dapat ataupun dalam erti kata lain apa refleksi yang saya dapat dari setiap apa yang kumpulan kami telah lakukan di sana. Ada dua perkara yang kami lakukan iaitu menjana pendapatan kepada pihak PIBG dan membaik pulih sebuah pagar di sekolah tersebut.

 Apa yang saya apa dariapada aktiviti-aktiviti tersebut. Kerjasama. Dalam melakukan aktiviti berkumpulan , sifat seperti ini hendaklah ditonjolkan dalam setiap individu dan bg saya kumpulan saya sangatlah berkerjasama. Saya dapat merasai nilai ini apabila dalam setiap perjumpaan yang diadakan setiap dari kami hadir pada awal waktu , sering berkongsi pendapat dan tidak mengalah dalam menyiapkan kerja yang diberikan. Jadi bagi saya sebagai kerja yang dilakukan dalam kumpulan , setiap individu haruslah bekerjasama agar segala aktiviti yang dijalankan dapat dilakukan dengan pantas dan berkualiti.

Selain itu , bantu membantu. Nilai ini juga penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Nilai ini dipupuk apabila kumpulan kami ke sekolah tersebut mengerjakan kerja amal bagi membantu pihak sekolah mendapatkan pendapatan kepada PIBG. Jadi bagi saya nilai ini penting supaya kita diajarkan supaya sentiasa menyenangkan kerja orang lain demi kepentingan mereka dan kita.

 Akhirnya , tegur menegur. Dalam melakukan aktiviti ini saya dapat mengenali pelbagai karenah masyarakat di sekolah kerana saya suka menyapa orang di suasana yang baharu. Hal ini amatlah penting supaya kita tidaklah berasa keseorangan. Kita hendaklah bergaul dengan masyarakat suapaya kita dapat mengenali mereka dan mereka akan mengenali kita.



Comments

Popular Posts