REFLEKSI AHLI KUMPULAN - LUKMAN HAKIM

Bermulanya semester pertama buat tahun 2017/2018 , saya berkesempatan untuk menjalani kursus jalinan masyarakat bersama rakan-rakan di Sekolah Kebangsaan Pucong Utama (1). Aktiviti ini telah saya lakukan selama 32 jam bersama mereka. Dari awal kursus ini berlangsung, saya berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam membuat perbincangan supaya  aktiviti ini diluluskan. Banyak pengalaman yang saya dapat belajar dari melibatkan diri dalam jalinan hubungan masyarakat dan nilai nilai yang saya dapat.
            Saya melihat bahawa berlakunya percanggahan pendapat antara ahli pasukan. Walaubagaimanapun,  pujian harus diberikan kepada setiap ahli kerana tidak terlalu emosi dan dapat menerima kekurangan secara terbuka. Kesudahannya, cadangan kami diterima oleh penasihat kumpulan iaitu En. Hafizan Bin Ahmad selaku pensyarah yang membimbing saya dan ahli kumpulan.
            Selain itu, saya juga didedahkan dengan aktiviti yang melbatkan kejuruteraan seperti  memotong besi. Ini merupakan suatu pengalaman yang baru dalam hidup saya kerana buat pertama kali saya dapat menggunakan mesin semasa proses itu. Bukan setakat itu, saya juga berkesempatan mengambil bahagian dalam aktiviti mengecat pagar yang dibina. Dalam aktiviti ini, rakan-rakan yang mahir dalam bidang tersebut banyak membantu saya menimba pengetahuan yang baru walaupun baru tahun pertama di universiti saya dapat menjalan kerja di bengkel.
            Kali pertama saya menjejakkan kaki di sekolah tersebut, saya berasa gembira melihat murid-murid yang masih kecil dan sangat bertenaga. Saya juga dapat berkenalan dengan guru dan murid-murid yang turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Hasil daripada aktiviti saya dapat belajar cara memanah dan saya mengajar cara memanah kepada murid murid di sekolah tersebut dalam program Ceriaton.


Ucapan terima kasih harus diberikan kepada kesemua ahli pasukan kerana berjaya menyiapkan segala aktiviti yang dirancang tepat pada masanya. Saya berbangga kerana dapat bergerak dalam stu kumpulan walaupun banyak kekurangan dan kelebihan yang ada pada kumpulan saya tapi semangat berkerjasama dapat baiki yang kurang itu.


            Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti jalinan masyarakat yang dilakukan banyak mengajar saya dan memberi pengalaman yang luas dalam hubungan kemasyarakatan. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya berasa teruja dan seronok kerana dapat berbakti kepada masyarakat terutamanya kepada SK Pucong. Saya juga dapat mengenali rakan sekumpulan dengan lebih rapat dan mesra. Akhirnya ucapan terima kasih kepada pihak PIBG sekolah kebangsaan puchong utama kerana telah mengalukan kedatangan saya dan ahli keluarga.


Comments

Popular Posts